Komputer telah dicabangkan kepada komputer tangan (handheld), komputer telapak (palmtop) dan juga wearable atau boleh pakai selain daripada komputer-komputer biasa yang digunakan. Ketiga-tiga cabang ini menjadikan komputer semakin kecil dan mudah dibawa ke mana saja. Malah komputer telapak telah digabungkan dengan telefon bimbit bagi menghasilkan sebuah alat telekomunikasi yang canggih.
Komputer seperti OQO dan PaceBlade telah meletakkan komputer dalam keadaan ekstrem. Rekabentuk yang dipaparkan oleh kedua-dua komputer ini adalah radikal dan termaju. Selepas berjayanya komputer telapak seperti HP Jornada, Compaq iPaq dan Palm, komputer-komputer jenis ini pula muncul untuk mengambil tempat dalam kehidupan moden masyarakat kini. Malah komputer boleh pakai (wearable) juga semakin hangat diperkatakan sehingga lebih banyak syarikat elektronik seoerti Panasonic, Hitachi dan Xybernaut menghasilkan komputer jenis ini. Kekalutan dan keghairahan untuk mendapatkan maklumat terkini dan tidak mahu berpisah dengan dunia siber membuatkan ramai pengguna mahukan komputer boleh pakai.
Sistem pengoperasian dan kepantasan pemproses untuk komputer semakin maju dan meningkat dengan mendadak. Contohnya Intel Pentium 4 telah berjaya mencapai 2.5GHz dan ini akan meningkat kepada kemungkinan 4.0GHz. Manakala sistem pengoperasian (Operating System) pula telah memaparkan kecanggihan automasi dan keramahan pengguna dalam reka bentuk perisiannya.Kemunculan Windows XP dan pelbagai OS Linux telah memberikan satu dimensi baru untuk dunia komputer.

No comments:
Post a Comment