Internet atau inter-network adalah gabungan lebih daripada satu rangkaian komputer. Internet menjadi kenyataan disebabkan oleh komputer dan sistem rangkaian yang dikenali sebagai TCP\IP. Internet yang kita lihat sekarang adalah peningkatan 1000% daripada internet yang mula-mula dihasilkan.
Internet dahulu tiada laman web seperti sekarang, tiada Internet Messengger (IM), tiada Flash, tiada GIF, tiada Animasi, tiada ASP dan tiada Audio. Yang ada hanyalah Bulletin Board seperti laman komuniti yang anda lihat sekarang dan laman web hitam putih atau teks sahaja.
Kini dengan peningkatan keupayaan internet dan juga kecanggihan komputer yang memacunya, internet telah menjadi sebuah dunia yang baru iaitu dunia siber. Setiap orang yang mahu berkomunikasi dan berada di dalam dunia itu hendaklah menggunakan komputer. Komputer menjadi platform untuk pengguna berborak dalam IRC, mebina laman web, menghos laman web, berborak menerusi IM atau ICQ dan memaparkan animasi GIF atau Flash.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh menggunakan komputer sebagai sebuah pusat telekomunikasi dengan orang di benua lain. Menerusi komputer yang bersambung dengan internet, pengguna boleh melakukan sidang video dengan pengguna lain. Anda boleh berhubung dengan mereka dari seberang negara dan dapat melihat mereka secara langsung. Ini adalah cara yang lebih murah daripada membuat panggilan telefon terus ke sana.
Komputer juga menjadi sebahagian daripada rangkaian telekomunikasi telefon dan juga telefon bimbit. Komputer adalah salah satu komponen yang mengawal dan menentukan pancaran frekuensi kepada telefon bimbit dan juga pengawal untuk talian telefon biasa.

No comments:
Post a Comment