Filem dan Grafik komputer.

Seperti yang kita ketahui, filem-filem dari Barat terutamanya Amerika Syarikat telah menggunakan grafik berkomputer (computer graphic) untuk menambah elemen-elemen tertentu pada filem mereka. Elemen-elemen ini biasanya adalah elemen yang tidak dapat dilakukan dengan lakonan atau set-set filem yang terlalu besar untuk dihasilkan. Antara filem-filem yang yang diketahui ramai menggunakan grafik berkomputer adalah Titanic, Independence Day, Harry Potter and The Chamber of Secrets dan Spiderman. Filem Titanic telah menggunakan grafik berkomputer dalam kebanyakan babaknya dan dikatakan mengambil masa hampir dua tahun untuk menghasilkan grafik berkomputer untuk filem itu. Komputer juga digunakan dalam penghasilan filem animasi yang semakin hangat sejak dua tahun kebelankangan ini. Kejayaan filem animasi seperti Toy Story, A Bugs Life, Final Fantasy, Dinasour dan Jimmy Neutron Boy Genius telah membuatkan Anugerah Akademi Filem mengadakan sebuah kategori untuk filem animasi yang terbaik.

Walaupun filem animasi kelihatan seperti kartun yang berteknologi tinggi tetapi ia memerlukan ketekunan, perancangan dan kuasa pengkomputeran yang tinggi untuk merender setiap pergerakan animasi. Malah ada syarikat filem animasi seperti Pixar Animation dan Dreamworks telah menggunakan kuasa super komputer untuk melakukan render dengan lebih cepat.

Bagi pengeluar komputer pula, kehendak dan spesifikasi yang diperlukan oleh pengeluar filem dan filem animasi telah membuatkan mereka mengadakan sebuah jabatan untuk teknologi komputer seumpamanya. Contohnya Hewlett-Packard (HP) telah mengadakan sebuah divisen bagi mengkaji dan menghasilkan penyelesaian komputer untuk filem animasi seperti yang dilakukan untuk Shrek.

No comments: