Penggalakan penggunaan komputer adalah bermula di sekolah dan juga di rumah. Namun begitu, tidak ramai yang memiliki komputer di rumah maka mereka akan menggunakannya di sekolah. Kini banyak sekolah yang menyediakan kemudahan makmal komputer bagi memberikan peluang untuk mereka membiasakan diri. Malah ada kurikulum yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membolehkan pelajar mengambil peperiksaan dalam mata pelajaran komputer. Selain itu kerajaan juga mewujudkan konsep sekolah pintar (smart school) di mana kurikulum sekolah dan juga persekitaran sekolah dibina dengan teliti supaya setiap aspek pengurusan dikendalikan dengan mengunakan komputer.
Penyediakan kelengkapan komputer di semua sekolah di Malaysia merupakan sebuah proses yang berterusan. Sebuah makmal komputer hendaklah dilengkapkan dengan perabot, sistem rangkaian sekurang-kurangnya 20 buah, sebuah ,komputer pelayan, projektor dan perisian-perisian. Setelah dilengkapi dengan perkakas dan perisian, tenaga pengajar pula diperlukan di samping bahan mengajar dan kurikulum.
Di barat, terdapat sekolah yang telah mempelopori penggunaan komputer bimbit dalam kelas dan penyampaian mata pelajaran menggunakan komputer serta papan putih elektronik. Contohnya para pelajar menggunakan komputer bimbit iBook dan apabila memasuki kelas pelajar akan terus ke mejanya dan terus memalamkan (plug in) kabel rangkaian kepada komputer bimbitnya. Kemudian ia akan log in dan segala mata pelajaran untuk hari tersebut akan dipindahterima kepada komputer mereka. Apabila guru masuk kelas beliau pun memasang komputer dan mula memaparkan subjek pada hari itu menerusi papan putih elektronik atau projektor.
Malah dengan penggunaan komputer yang dirangka secara tempatan (LAN) dan luas (WAN), kurikulum dan peperiksaan boleh disebarkan dengan mudah ke sekolah-sekolah atau jabatan pendidikan. Seterusnya para guru dan pakar boleh berkongsi pengalaman dan idea dengan para pendidik yang lain menerusi rangkaian seperti ini. Laman web seperti cikgu.net yang diusahakan oleh MIMOS Berhad adalah satu contoh yang baik.

No comments:
Post a Comment