Fungsi Komputer Di Pejabat.

Pejabat merupakan antara tempat di mana komputer digunakan secara aktif. Pejabat diiktiraf sebagai sektor korporat dan syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Fungsi komputer digunakan di sini sebagai sebuah peralatan perantara untuk melakukan tugas harian dengan lebih berkesan di pejabat. Yang menyatukan atau merangkaikan semua fungsi komputer di pejabat adalah sebuah komputer. Di mana komputer ini dijadikan pelayan (server) bagi mengawal lalulintas dan sambungan daripada satu komputer kepada rangkaian komputer yang lain. Pelayan ini juga akan mengawal storan-storan bagi memudahkan rangkaian mencapai dan menyimpan maklumat dengan mudah.

Kini pihak syarikat dan korporat merangkaikan komputer mereka dan seterusnya menyambungkannya kepada internet. Hasilnya ialah ramai perkerja lebih suka melayari internet di pejabat berbanding di rumah.Pendedahan rangkaian pejabat kepada internet memberikan kebaikan dan juga keburukan. Kebaikan ialah syarikat akan lebih dikenali secara global tetapi ia mendedahkan diri kepada bahaya ancaman pengodam (hacker). Di sini komputer digunakan untuk menghos laman web dan juga segala aplikasi yang digunakan oleh kakitangan syarikat tersebut. Untuk membuatkan komputer itu berfungsi sebagai pelayan dan pengawal aplikasi, sistem pengoperasian digunakan di dalamnya. Contohnya Windows XP Professional digunakan untuk rangkaian di pejabat dan ia juga mengawal aliran maklumat internet.

Para pelayan juga dimuatkan firewall dan segala perisian kawalan bagi menghalang kegiatan pencerobohan pelayan dan mengawal pergerakan kakitangan dalam rangkaian. Menurut kajian, lebih 60% pencerobohan sistem rangkaian dilakukan oleh kakitangan dalaman dan bukan orang luar. Maksud pencerobohan di sini adalah percubaan untuk mencapai maklumat atau data yang terhad kepada jabatan atau kakitangan tertentu sahaja. Contohnya data jabatan akaun tidak boleh dicapai oleh kakitangan jabatan pentadbiran.

No comments: