Rangkaian Komputer.

Rangkaian adalah satu cara untuk menggabungkan sejumlah komputer bagi memudahkan perkongsian data dan pengawalan aliran maklumat. Komputer merupakan salah satu kompenan penting dalam rangkaian di mana ia menjadi nadi sebuah rangkaian iaitu pelayan (server).

Walau bagaimana bentuk rangkaian yang digunakan samada Token Ring atau Peer To peer, komputer masih menjadi nadi utama .Malah dalam zaman teknologi termaju rangkaian menjadi lebih canggih dan kompleks.Sebuah rangkaian adalah nadi pengawalan storan, laluan utama untuk ke internet, perantara perhubungan antara kakitangan , kemudahan perkongsian cetakan dan platform untuk perkongsian pengalaman serta maklumat.Rangkaian dalam sebuah organisasi akan dikongsi beersama pengurus dan kakitangan di mana ia adalah sebuah rangkaian tempatan (LAN).Manakala jika rangkaian menyatukan lebih daripada satu organisasi yang berlainan kedudukan geografi dan ia menjadi sebuah rangkaian luas (WAN).

Komponen komputer yang digunakan dalam LAN atau WAN adalah perantara penting bagi memudahakan capaian maklumat dengan masa yang singkat walaupun jaraknya jauh. Dengan penggunaan teknologi internet dan web, maklumat boleh dicapai dengan mudah menerusi antaramuka laman web yang lebih ramah. Sambungan komputer kepada hub dan disulami dengan kabel-kabel adalah satu keajaiban yang memudahkan kehidupan manusia. Bakal kemunculan teknologi baru internet iaitu iPv6 akan menjadikan rangkaian menjadi lebih baik dan termaju.

No comments: