Kebanyakan yang kita semua tahu bahawa PC sering digunakan di rumah sebagai sebuah perkakas untuk melayari web,menaip surat,bermain games dan mendengar MP3.Ada juga pengguna yang menggunakan PC untuk membina laman web dan menghasilkan animasi Flash serta pelbagai lagi jika mereka mahir menggunakan pelbagai perisian.
Pengunaan PC tempatan semakin ramai sejak tahun 2000 kerana kerajaan membenarkan para pencarum KWSP mengeluarkan wang untuk membeli PC. Kempen ini dinamakan “Sebuah Rumah Sebuah Komputer”.Dengan cara ini rakyat akan mendekati PC dan teknologi terkini seterusnya tidak fobia dengan kegunaan teknologi semasa.
Selain daripada itu, lebih ramai rakyat yang celik dan berjaya memahirkan diri dengan PC dan kegunaannya. Malah dengan peningkatan penggunaan PC lebih ramai rakyat menjadi pengguna internet di mana terdapat lebih kurang 10 juta pengguna internet di Malaysia. Peningkatan yang ketara adalah sejak dari tahun 2000 di mana kempen pemilikan PC dilancarkan.
Namun begitu, ramai pengguna komputer menggunakan komputer mereka untuk tiga perkara iaitu melayari laman web di samping chatting dan e-mel, bermain games dan membina laman web. Hanya segelintir sahaja yang mengatakan mereka melakukan kerja-kerja yang berfaedah dengan komputer di rumah. Sesuatu yang paling menarik mereka sering menggunakan komputer untuk menaip surat, mencetak tetapi tidak menyimpannya.

No comments:
Post a Comment