Keselamatan Komputer.

Dalam melakukan sebarang kerja, amalan utama yang perlu diambil perhatian ialah keselamatan. Semasa pemasangan komputer yang melibatkan hampir keseluruhannya melibatkan barangan digital yang amat sensitif, maka amalan keselamatan perlu diutamakan. Amalan keselamatan adalah merangkumi keseluruhan aspek dari segi perkakasan, semasa pemasangan perkakasan, semasa pemasangan perisian dan semasa pembungkusan. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan kerosakkan perkakasan, kecederaan fizikal dan menjamin sesuatu produk yang bermutu.

Amalan keselamatan akan diterangkan secara lebih terperinci menerusi sub topik iaitu keselamatan perkakasan, keselamatan pemasangan perkakasan, keselamatan pemasangan perisian, dan keselamatan semasa pembungkusan.



KESELAMATAN PERKAKASAN

Keselamatan perkakasan melibatkan kesemua perkakasan bagi komputer. Para pengguna perlu memberi perhatian kepada perkakasan komputer kerana perkakasan komputer adalah sensitif dan mudah rosak. Dalam komputer, terdapat perkakasan yang boleh dibaiki dan tidak boleh dibaiki. Dengan menjaga dan mengamalkan amalan keselamatan terhadap perkakasan bukan sahaja mengelakkan kerosakkan malah dapat memanjangkan hayat atau masa penggunaan perkakasan tersebut.

Berikut adalah merupakan perkakasan serta langkah-langkah penjagaan keselamatan bagi perkakasan komputer;

Papan Utama (Mainboard).
Elakkan papan utama jatuh. Ini kerana ia akan menyebabkan papan utama akan patah atau litarnya akan terjejas. Jauhkan papan utama daripada bahan-bahan yang bermagnet kerana ianya akan menyebabkan litar bersepadu (IC) pada papan utama rosak.

Unit pemprosesan Pusat (CPU).
Pada unit ini terdapat kaki-kaki atau pin-pin pada bahagian bawahnya. Ia akan dimasukkan pada soketnya pada papan utama. Pin-pin ini adalah bersaiz kecil dan mudah patah. Oleh itu, para pengguna perlulah mengelakkan unit ini daripada jatuh. Sekiranya salah satu pin-pinnya jatuh maka unit ini tidak dapat digunakan lagi.

Unit Capaian Rawak (RAM).
Pada unit ini, terdapat banyak litar bersepadu (IC) yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Oleh itu, elakkan unit ini dari bahan bermagnet. Ini akan menyebabkan kerosakkan pada litar bersepadu sekirannya ia terdedah pada bahan yang bermagnet. Selain itu, elakkan unit ini daripada jatuh kerana ia mungkin akan menjejaskan jalur-jalur kuprum pada bahagian yang akan disambung pada soket di papan utama. Jalur-jalur ini penting kerana ia merupakan talian atau laluan ke papan utama semasa unit beroperasi.

Pemacu Cakera Keras (Hard Disc).
Unit ini merupakan unit yang amat sensitif. Para pengguna perlu menghindari unit ini daripada jatuh. Ini kerana, ia amat sensitif kepada gegaran yang kuat. Bahagian dalamannya akan mengalami kerosakkan sekirannya ia jatuh atau terbalik. Unit ini adalah unit yang tidak boleh dibaiki sekiranya mengalami kerosakkan. Semasa memasang atau menyambung kabel IDE pada pemacu cakera keras, ia perlu dijalankan secara berhati-hati kerana ini akan menyebabkan pin-pin yang disambung pada kabel IDE akan patah. Sekirannya salah satu pin-pin ini patah, maka unit ini tidak boleh digunakan lagi.

Pemacu Cakera Padat (CD-ROM).
Unit ini merupakan masukan bagi sesebuah komputer. Oleh itu, kerosakkanya tidak banyak menjejaskan sistem keseluruhannya. Walaubagaimanapun pengguna perlu mengambil langkah keselamatan untuk menjaganya. Salah satu tabiat pengguna yang selalu lakukan ialah semasa ketika ingin memasukkan tempat cakera padat ke dalamnya hanya dengan menolak menggunakan tangan. Sekiranya ini sering berlaku kemungkinan gear atau bahagian yang berfungsi untuk menggerakkan pemacu cakera padat akan rosak. Semasa menyambungkan kabel IDE pada unit ini ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana pin-pin pada unit ini mudah patah.

Pemacu Cakera Liut.
Pemacu cakera liut hendaklah dipasang dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada jatuh di mana ianya akan menyebabkan kerosakan mekanikal. Semasa kabel IDE hendaklah dilakukan dengan cermat supaya kaki atau pin sambungannya tidak patah. Sekiranya ia berlaku maka pemacu cakera liut itu tidak beroperasi.

Kad Grafik.
Kad grafik perlu dielakkan daripada terkena bahan yang bermagnet atau bahan logam yang mempunyai cas elektrostatik kerana strukturnya terdiri daripada litar bersepadu yang sangat sensitif terhadap cas statik.

No comments: