Keselamatan diri dan perkakasan adalah perkara penting yang perlu diutamakan sewaktu kita bekerja mengendalikan komputer peribadi (PC) samada untuk meningkat upaya, membaikpulih, mengatasi masalah atau menggantikan komponennnya. Mengabaikan soal keselamatan boleh menyebabkan kehilangan data, kerosakan kepada komponen, kecederaan anggota tubuh dan mungkin kehilangan nyawa. Walaupun ianya jarang berlaku sebaik-baiknya cuba elakkan dengan beberapa langkah berwaspasda.
Penyediaan
Sediakan kelengkapan (peralatan dan bahan) dan kendalikan secara bijaksana ketika kita menggunakannya untuk mengendalikan PC. Manakala spesifikasi fizikal setiap PC tidak semestinya bersesuaian untuk semua keadaan. Oleh yang demikian, sila gunakan pertimbangan kita sendiri dan sesuaikannya dengan kerja-kerja yang dilakukan. Jangan lupa menyemak buku manual yang berkaitan untuk kepastian dan membuat perbandingan.
b) Tujuan
Jangan sengaja mengusik mana-mana bahagian dalaman PC kita tanpa sebarang tujuan, lebih-lebih lagi jika kita tidak pasti perkara yang hendak dilakukan. Jadi, penjelasan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu kita memahami serba ringkas tentang panduan mengendalikan PC walaupun masih banyak aspek yang berkaitan dengan
kerja penyelenggaraan dan membaikpulih PC perlu diketahui.
c) Renjatan Elektrik
Pernah juga berlaku di mana ada pengguna yang terkena renjatan elektrik apabila menyentuh modem dalaman sesebuah PC walaupun kabel bekalan kuasanya tidak dipasang, sedangkan kabel telefon masih bersentuhan dengan modem tersebut. Sebagai langkah berwaspada, kita dinasihatkan supaya tidak menghubungkan sebarang kabel luaran kepada PC sebelum membuka komponen sistemnya.
d) Kecederaan
Elakkan anggota tubuh kita daripada menyentuh atau mendekati komponen bekalan kuasa elektrik melainkan kita mengetahui apa yang perlu dilakukan. Begitu juga dengan komponen-komponen dalaman PC yang berpotensi untuk mencederakan diri kita sendiri. Misalnya tidak membuka bahagian dalaman monitor melainkan kita benar-benar tahu apa yang perlu dilakukan. Kemungkinan untuk terkena renjatan elektrik boleh berlaku walaupun bekalan kuasa kepada PC sudah diputuskan.
e) Faktor-faktor Penyebab
Renjatan juga boleh berlaku kerana ada komponen-komponen di dalam PC yang boleh menyimpan cas untuk jangkamasa yang lama walaupun selepas bekalan elektrik diputuskan. Sehubungan itu, kita disaranakan supaya tidak membuka sendiri monitor untuk apa jua alasan apatah lagi meninggalkan komponen tertentu di dalamnya. Jika kita menjatuhkan sebutir skru pada komponen dalaman PC dan tidak mengeluarkannya sebelum bekalan dialirkan, ianya boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen tersebut.
f) Keperluan
Ruang untuk kita bekerja biarlah mencukupi dan mendatar walaupun ia tidak terlalu besar dan luas. Ini bertujuan untuk meminimakan kemungkinan komponen-komponen PC daripada terjatuh, tercalar atau hilang. Jangan mengetatkan skru pada komponen PC kita secara keterlaluan sehingga sukar untuk dibuka atau ditanggalkan semula kelak.
g) Bahaya
Satu lagi punca bahaya yang sering dilupakan ialah pada bahagian dalam kasing yang berbucu tajam kerana ia boleh mengakibatkan luka atau kecederaan pada tangan. Kebanyakan PC diperbuat daripada kepingan besi yang sudutnya boleh melukakan jari jika kita tidak berhati-hati dengannya. Biasanya kerangka PC yang murah mempunyai bahagian-bahagian yang tajam.
No comments:
Post a Comment